

Minyak masak sawit halal dari kilang kami sendiri di Jitra, Kedah. Ayam, pisang, keropok, semua jadi rangup. Dari dapur rumah sampai kedai makan.
Satu jenama, enam saiz.
Dari pek 1KG untuk dapur rumah sampai jerrycan 17KG untuk kedai makan. Semua minyak sawit RBD Palm Olein yang sama, bersih dan jernih.






Perlukan kuantiti besar? Kami ada penyelesaian borong besar yang senang dan jimat.
Tengok borong besar & eksportChef rumah, chef kedai. Semua geng BAGUIH.
Dari ayam goreng kedai makan sampai pisang goreng petang-petang. Satu minyak untuk semua yang korang goreng.









Kenapa chef pilih BAGUIH.
Dipercayai setiap keluarga. Ditapis dari minyak sawit pilihan. Goreng tak ada rasa ikut, masak tak berasa minyak, dan tahan panas tinggi.
- Kualiti premiumDitapis dari RBD Palm Olein pilihan.
- Bebas kolesterolPilihan lebih baik untuk keluarga.
- Kaya vitamin EVitamin E semula jadi dari buah sawit.
- Tiada rasa ikutTumis, goreng, goreng celup, rasa makanan kekal asli.
- Takat asap tinggiKualiti kekal walaupun api kuat.
- HalalPatuh standard halal untuk pengguna Muslim.
Diisi dan dipek di kilang kami.



Berapa banyak sebulan?
Pilih jenis bisnes dan berapa minyak guna seminggu. Kami kira saiz yang paling jimat, terus send ke WhatsApp untuk harga borong.

Anggaran je. Harga ikut kuantiti dan kawasan, kami confirm kat WhatsApp.
CP6, CP8, CP10. Pilih ikut guna.
Tiga gred RBD Palm Olein. Untuk dapur rumah, kedai makan, kilang makanan dan pemborong.
- Goreng, tumis dan goreng celup
- Pemprosesan makanan dan kilang
- Pasaran tempatan dan eksport
Spesifikasi dari company profile RCB Trading. Nilai FFA ialah pada masa muatan.
Borong besar & eksport. Tangki pun boleh.
Selain pek runcit, kami bekalkan RBD Palm Olein dan minyak sawit mentah dalam kuantiti besar untuk kilang makanan, pengedar dan pembeli luar negara.

Flexitank 20ft
Kontena 20 kaki biasa jadi tangki cecair. Jimat untuk hantar minyak gred makanan ke luar negara.

Shell tank & tangki
CP6, CP8 dan CP10 dari kemudahan tangki, dalam kuantiti besar untuk pengilang dan pengedar.

Minyak sawit mentah
Crude Palm Oil (CPO) untuk pasaran tempatan dan eksport.
Minyak masak terpakai
Kami juga berurusan minyak masak terpakai (UCO). Tanya kami.
Ahli berdaftar MATRADE (no. keahlian 558086), untuk urusan perdagangan dan eksport.
Tanya harga borong besarKilang di Jitra, pejabat di KL.
Kilang dan gudang kami di Mukim Hosba, Jitra, Kedah, uruskan pengeluaran, logistik dan penghantaran. Ibu pejabat di Kuala Lumpur jaga urusan pelanggan dan pengurusan.
- MPOBLembaga Minyak Sawit Malaysia
- Lembaga Getah MalaysiaBerdaftar
- Kementerian Pertanian (KPKM)Berdaftar
- Kementerian Kewangan (MOF)Berdaftar



Order senang je, 4 langkah.
Sama ada sekotak botol untuk rumah atau berpuluh jerrycan untuk kedai, caranya sama.
- WhatsApp kamiBagitahu saiz, gred dan berapa banyak anda perlukan.
- Dapat hargaKami send harga ikut kuantiti dan kawasan anda.
- Confirm orderBayar terus ke akaun syarikat RCB Trading.
- Barang sampaiKami hantar dan confirm tarikh dengan anda.
Pengedar & peruncit dialu-alukan.
Kedai runcit, pemborong, kedai makan dan kilang makanan. Harga borong ikut kuantiti.
- Bekalan berterusan
- Hantar seluruh Malaysia, tanya kawasan anda
Kilang kami.
Nak datang kilang? WhatsApp dulu supaya kami boleh tunggu anda.
Lot 2472, Mukim Hosba, Daerah Kubang Pasu, 06300 Jitra, Kedah
Soalan yang selalu ditanya.
Ada soalan lain? Tanya terus kat WhatsApp.
Berapa harga minyak BAGUIH?
Harga ikut saiz, gred dan kuantiti. Guna bahagian Kira stok atau WhatsApp terus saiz dan kuantiti anda, kami send harga borong terkini.
Ada minimum order?
Bagitahu kami berapa yang anda perlukan dan kawasan anda. Kami terangkan pilihan yang paling sesuai, dari runcit sampai kuantiti besar.
Minyak BAGUIH halal ke?
Ya. BAGUIH patuh standard halal untuk pengguna Muslim. Sijil boleh kami tunjuk bila anda minta.
Apa beza CP6, CP8 dan CP10?
Ketiga-tiga ialah RBD Palm Olein. Bezanya pada takat awan dan takat lebur. Tengok bahagian Gred untuk spesifikasi penuh, atau tanya kami gred mana sesuai untuk masakan anda.
Boleh hantar ke kedai saya?
Boleh. WhatsApp kawasan anda, kami confirm cara hantar, caj dan tarikh sebelum anda bayar.
Nak jadi pengedar, macam mana?
WhatsApp kami nama kedai dan kawasan anda. Kami terangkan harga borong dan cara bekalan berterusan.
Boleh beli kuantiti besar atau eksport?
Boleh. Kami bekalkan RBD Palm Olein dan minyak sawit mentah dalam kuantiti besar, termasuk flexitank 20 kaki untuk eksport.
Stok minyak kedai, kami uruskan.
Isi sikit je. Mesej siap ditulis, terus sampai kat WhatsApp kami. Kami balas dengan harga dan tarikh hantar.

oleh RCB Trading